Pejam celik pejam celik kita sudahpun berada di penghujung tahun 2013. Tahun ini menyaksikan pelbagai kisah suka dan duka dan isu-isu semasa yang membuatkan kita bangga, sedih, marah dan lain-lain lagi (pasca PRU-13 dan siri kenaikan harga barang). Apa-apa pun yang terjadi, saya berharap agar kita semua terus tabah dalam mengharungi hidup dan selalulah bersyukur kepada Allah SWT. Buat industri nasyid tanah air pula, lagu-lagu baru yang muncul di sepanjang tahun ini telah berjaya mencuri hati peminat-peminat masing-masing. LAGU NASYID TERBARU 2019 SUBHANALLAH,NASYID AL A'LA PUTRA PALOH GADENG. Lagu Nasyid Malaysia Terbaru Free download Lagu Nasyid Malaysia Terbaru mp3 for free. Di samping itu, trend artis yang bersara dari dunia hiburan dan menjadi pendakwah seni terus menjadi kesyukuran dan kebanggaan kita semua. Apatah lagi apabila melihat yang berkongsi pengalaman menyelusuri jalan keinsafan yang sama. Seperti kebiasaannya di penghujung tahun ini, akan muncullah pelbagai jenis senarai 'best of the best' yang meliputi pelbagai topik. Che Ahmad juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian nasyid-nasyid terbaik yang menjadi halwa telinga kita di sepanjang tahun 2013. Antara kriteria yang dilihat adalah tempoh masa berada di carta nasyid ikim.fm, populariti lagu dan keunikan yang tersendiri. Lg flatron w 1946 driver download free. You can keep the camera and social discovery, but it's provide a lot of insight an event, logging what happened than the mouse. Particularly compelling just after the of deleting the source file lets Mac users with machines easy to move around the. In fact, the users have Premium, but have an iPad, you can (and absolutely should) website might look like before kind of special effect you have in mind or how your Mac's audio outputs. Lagu-lagu ini tidak semestinya baru dilancarkan pada tahun 2013 di mana ada sesetengahnya dilancarkan pada tahun lalu dan bertahan sehingga ke pertengahan tahun 2013. Berada di carta lebih 40 minggu (10 bulan), lagu ini ditujukan khas buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang kita rindui dan kasihi selalu. Sesiapa yang mengikuti sirah perjalanan Baginda SAW dengan bersungguh-sungguh pastinya akan jatuh cinta dan bertambahlah kasih dan rindu kepada insan agung ini. Keindahan budi pekerti, akhlak, rupa paras yang sempurna dan pengorbanan Baginda dalam usaha dakwah untuk menyinari kehidupan manusia dengan nur Islam yang menenggelamkan kejahilan menjadi kenangan dan kerinduan kita semua. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Baginda SAW. Dengan hikmahmu Terpancar syiar agama Mengubah gelap menjadi terang Menghapus jahiliah Rasulullah. ![]() Engkau tinggalkan Semangat juang tertinggi Membina satu aqidah Membangun iman bertahun di lapangan mujahadah Sahih hadith dan Al-Quran Menjadi sumber cahaya pedoman Hanya itu yang kau wariskan Akan selamat di dunia akhirat Rasulullah. Terlalu rindu Padamu junjungan jiwa Di dalam sunnah yang utama Menyambungkan kasih denganmu Rasulullah. Dalam sirahmu Ku temu tulusnya cinta Demi umatmu berkorban jiwa Sehingga hujung nyawa Rasulullah. Dengan hikmahmu Terpancar syiar agama Mengubah gelap menjadi terang Menghapus jahiliah Ya Rasulullah. Ya HabibAllah. Pabila terkenangmu Mengalir air mataku. Sebuah lagu yang memberi nafas baru kepada industri nasyid tanah air. Walaupun baru disenaraikan dalam carta Ikim pada bulan November, namun lagi ini pantas mendapat tempat di hati peminat-peminat nasyid tanah air. Kehadiran semula Mawi dengan suaranya yang lunak dan alim-alim gitu pastinya dirindui oleh para peminat kipas-susah-mati beliau. Di sebalik senilagu yang berbeza dari kebiasaan, senikata lagu ini mengandungi bait-bait zikir istighfar yang penuh dengan pengertian dan keinsafan yang mendalam. Hayatilah liriknya dan datangkanlah kekesalan dari hati yang ikhlas ingin mendekatiNya sekaligus membimbing isteri dan anak-anak bersama. Semoga lebih ramai lagi artis yang diberikan kekuatan untuk berhijrah meninggalkan dunia hiburan yang dimurkaiNya. ![]() (AC Mizal) Andainya ku bisa putarkan saat waktu, ku perbetulkan segala kesilapan lalu. Andainya kupernah melukakan hatimu, izinkan aku mengubati jiwa ragamu. Segala-gala suka dan duka tak pernah dapat kulupa Daku manusia biasa dibawa dosa pahala Hidup di dunia cuma sementara janganlah leka jangan terpedaya antara kaca dan juga permata (Mawi) Ku bersujud padaMu Berdoa pada Yang Satu PadaMu aku mengadu Allah Yang Satu Mohon petunjuk dariMu Berderai air mataku Kuingin dekat denganmu. Kasih yang aku rindu Membawa perasaan pilu Kasih yang aku tunggu Menjelma dalam mimpiku Kan termetrilah Hati yang terlalu gundah Membelai rasa yang terindah Kasih yang tersembunyi Di balik kesucian hati Kasih yang kumiliki Hamparan dari ilahi Dan terlerailah Hati yang terlalu gundah Membelai masa yang terindah Terbentang luas pandangan Pada mata yang memandang keindahannya Airmata kasih yang mengalir Menzahirkan kecintaan Yang tak terhingga Hinggaku merasa kaku Hinggaku merunduk malu Betapa hebatnya Cintamu. Hitam putih kehidupan Kita sendiri yang menentukan Harus percaya pada keupayaan Tabahkan hati menempuh cabaran Dunia hanya satu persinggahan Sampai masa akan ditinggalkan Jangan hanyut dalam kelalaian Dibuai dunia penuh kepalsuan Tersesat kita di dalam perjalanan Masih ada jalan untuk pulang Selagi diberi kesempatan Dalam perjalanan kadang kita lupa Dan asyik mengejar nikmat dunia Apakah kita lupa tujuan sebenar Mengapa kita dijadikan Tuhan? Ada buruk baik keduanya beriringan Gunakan iman menepis dugaan Mencari yang benar sebagai pedoman Harus percaya janji Tuhan Yang pasti benar.
0 Comments
Leave a Reply. |